Sunday, December 28, 2014

251215 Lawatan Ke Rumah Nana

Yeah... telah lama team 4 Fast 4 Furious bercadang nak melawat Nana dan anak kembarnya. Cuma nak dapatkan waktu yang sesuai biar bagi nana dapat rehat secukupnya selepas bersalin. Jadi semua berpakat la berjumpa di Wong Solo Bandar Baru Bangi. Makan tengah hari dulu.. Rizal yang cadangkan ni. Dia kata nasi ayam penyetnya beh in town.. Jadi kitorang pun nak cuba la. Yang sampai dulu Kamal dan Baha. PEh.. punyalah ramai sampai nak makan siap kena tunggu giliran nak dapat tempat duduk.. Nasib baik Kamal cekap cari tempat.. 

Ni ghoman kodai ek

Ni antara menunya... tapi banyak lagi pilihan tapi maleh nak up semua menunya.. Nak pi sendiri ya..

Dua gambar di atas aku amgik kek sini ek.. 

http://nikminijournal.blogspot.com/2012/12/lunch-di-restoran-wong-solo-bandar-baru.html

tak sempat nak tangkap gambar..

Semua pakat ambil set ayam penyet. Senang... semua malas nak memilih. Menunya macam buku cerita..

Ni nasi ayam penyetnya


Antara kanak-kanak ribena.. Safiya share gambar outdoor activity di taska nya.

Ha... solosaikan yang ponting dulu baghu makan 


Sobonar ek nak nunjuk gambar Baha tongah korek isi kelapa. Tapi dapat dikesan oleh beliau.. 

Ratingnya : Masakan 3/5, Kebersihan 4/5 Menu 4/5 Servis 3/5 

Lepas tu baghu la gorak pi rumah nana. maklumlah perut dah konyang.. X jauh rupanya dari rumah nana. TEengok dah sihat dah. baby pun sihat. Melepak la kitorang kek situ. Dari pukul 2.30 sampai 5 lobih... 
Aku up gambar kanak-kanak ribena ajola yo. Yang Si Kembar tu biarlah Nana dan Rizal up sendiri. 

Selepas melawat nana, kitorang pi cari makan lagi. Kamal dan SHifa balik dulu. Pasal Kamal nak balik stadi katanya.. exam mula 28 12 14. Oklah.. Jadi famili aku ngan Baha ajala pi makan. Rizal lagi cadang Restoren Hot Bangi Char Koay Teow. Menunya, apa lagi Char Koay Teow ler... Ada satu lagi, nasi lemak.


Gambar ni pun bukan aku tangkap ya... dapat di sini.
http://hafizrahim.com/hot-bangi-char-koay-teow/


Ha... tu deh. makan x tengok kiri kanan dah..

Macam biasola.. yang tukang gambar takdo gambar nyo. Ratingnya : Masakan 4/5, Kebersihan 4/5 Menu 3/5 Servis 4/5 Menunya ada dua aja. tapi bagus camni spesial tu aja kan. Unik. 

Habih tu balik la apo laie.Lupa plak... Char Koay Teow diataja oleh En Baha.. Timo kasih banyak-banyak yo.

Pada hari yang samo dapat beghito sedih.. Isteri Imam 3 Masjid Mambau meninggal dunia. Sedekah Al Fatihah pada arwah. Semester pun dah berakhir, musim peperiksaan bermula berganti. Harap-harap student aku dapat mengharungi peperiksaan dengan tenang walaupun banyak dugaan melanda seperti banjir, kematian dan sebagainya... Kapal terbang hilang lagi.... Semoga kedua-dua kapal terbang itu dapat dijumpai segera.

 

Sunday, December 14, 2014

13 12 14 Bertugas di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah

Pada hari ini ada Karnival Pendidikan kek sini. Jadi aku ditugas promote program matematik. Mula 8.30 pg sampai 4.30 ptg. Smpi sana pkl 9.00. Hak hak lewat 30minit. Sampai di booth UiTM bos aku (Kak Hamidah Ayub) dan Zahari berdua dah sampai. Tanpa rasa bersalah aku pun jumpa diorg. Diorg cakap kat aku bahan-bahan fakulti lain ada tp fakulti aku xda. Ahhh... sudah. Jadi x dapatla promote program matematik pada mulanya. Jadi stdt matrik datang tanyala program fakulti lain. Dietetik la, accounting la, seni halus dan seni grafik, investing, dentistry.. mana aku tahu.. maka dengan muka x rasa bersalah aku menggoreng menggunakan sedikit pengetahuan yg ada. Pasal program di atas tiada wakil yg dihantar. 

Inilah pelar2 Matrikulasi Kuala Pilah



Beberapa ketika baru petugas lain datang dari UiTM Seremban Dan Kuala Pilah. Dari Shah Alam pun ada maka seramai10 orang menjaga booth yang mejanya tak sampai 2 meter panjangnya.. 

Yang ni masa kena serang..

Lepas sejam baru la wakil hea datang. Dio  kato bahan2 program fakulti aku ada bawah meja aja. X sempat n letak. Ceh.. lepas tu baru dapat promote program fakulti aku. Yang tanya aku pasal fakulti lain aku cakap pasal fakulti aku. Gila jahat. Pada masa sama rupanya Zahari dah kuar pi UiTM Kuala Pilah, tinggalah aku dengan petugas yang lain (semua petugas datang lambat). Aku jaga sampai pukul 2 then minta Zahari ganti tugas sebab nak belah cari makan. Lupo plak anak bini aku bawa sekali ke matrikulasi. 


Gambar sebelum meninggalkan booth.


Teraso nak makan asam pedas... Bini aku cakap ado tompek kek Melaka yang jalannya kiri kanan ada pokok besar ada kedai asam pedas best. Maka tanpa congak dan bicara terus drive ke Duyong Melaka pasal sini ajala yang aku tahu melalui hint2 yang bini aku bagi..


Ni ha kodai ek..


Nama Kedai Asam Pedas Ikan Baru. Kedai makan takde la cantik benar. Biasa2 aja. Check kat lauk-lauk dah tak banyak pilihan. yelah sampai pun dalam 3.30. Mana ada apa lagi. Tapi di sini dia ada masak asam pedas kalau kita nak. Ada ikan duri, jenahak, ikan keli dan yang lain aku tak ingat. Makan aku orderla asam pedas ikan duri. Rating Permandangan 3/5 dah nama tepi jalan nak pandang apa kan..  Kebersihan 4/5 Pilihan Makanan 3/5 pasal sampai pukul 3. mungkin banyak lauk habih dah kot. Masakan 4/5.. Asam pedas ikan duri mmg sedap sampai kuah-kuah sekali aku hirup. SIakap senohong gelama ikan duri, aku nak makan aku dah alap hapa aku peduli. Hahaha. Yang kelakar ada family sebelah meja aku, tuan kedai dah siap kira ada sorang daripadanya selamba jer pi tambah nasi.. Terpana tuan kedai last-last dia amik tong nasi bawak masuk dapur..

Ni dia asam pedas ikan duri

 Aku zoom supaya lebih afdal..

Lopeh makan tu furqan ajak main layang-layang. maka pergi la kat Dataran 1Malaysia di Klebang... Habiskan masa petang kat sana.. Sejam lepas tu balik rumah,..




Dua-dua nak  main maka belilah dua

Sebelum balik bini aku nak pulak pisang keju.. Bolilah kek  satu stall ni.. Ghaso ek tanyao bini aku.. Tapi selepas melihat pisang keju tu tak terusik sampai kek ghumah dah tahulah sodap ko tak tu. Last-last aku jugak yang bedal.


Ni la ghoman eh... pisang keju tu

 Ingatkan nak melawat jiran di hospital kpj, Tetapi dibatalkan pasal hero dan heroin aku tu berpasir main layang-layang... Semoga jiran aku tu cepat sembuh. Nanti datang ke rumah ajo la nanti..

Friday, December 12, 2014

Our 5th annivessary 12 12 14

Wah2... pejam celik pejam celik sudah 5 tahun aku pegang title "en suami" pada bini aku. Pelbagai pancaroba di lalui bersama. Bermula tinggal di rumah sewa di flat seksyen 7 shah alam, lepas tu ke kolej delima UiTM dan sekarang di Seremban. Rumah sendiri akhirnya..

Dari berdua sekarang bakal berlima (InsyaAllah). Ulang tahun seperti biasa disambut sederhana. Kali ini bawa anak-anak dan bini ke Bayu Beach Resort (Sobonar ek bini den yang plan kali ini). Melepak satu hari. Resort ni kira okla kalau buat gathering nak kata cantik tak la juga cuma view lautnya sangat cantik. 


Bergambar Menunggu Bilik Siap

Jadi aktiviti pertama layan anak-anak mandi kolam. Bagi anak-anak aku berendam sampai penat. Dalam sejam jugak la. Haha...

Malam pulak pi makan di Restoren Terapung di Medan Ikan Bakar Port Dickson. Order Siakap 3 Rasa, Sup Sayur, Sotong Goreng Tepung dan Telur Dadar. Permandangan (4/5) bintang, Kebersihan (4/5), Pilihan Makanan (3/5) pasal kurang makanan laut untuk dipilih, Masakan (2/5). Aku jenis kurang senang nak kritik masakan. Yela benda yang nak masuk perut kan jadi darah daging. Jadi bagi rating ok lah rasanya ek..


Ayra yang termenung, fikir masa depan agak eh ni..


Kanak-kanak and ummi ribena


Ni sup sayur nya.


Sotong goreng tepung



Siakap tiga rasa


Menu wajib Telur dadar


JJCM pun pernah sampai sini

Suasana restoren.. Sampai masa tu baghu nak bukak, maka kosong laie


Lepas gambar nie, hp padam.. maka x da gambar .. nampak sangat gambar amatur.. next time will improve teknik2 mengambil gambar....

Kek bilik hotel bini dah buek kejutan,,, rajin boto dio buek....





Siap tabur tabur daun n bungan ros... uiiihhh... Apo-apolah sayang... Semoga bahagia... Timo kasih jadi bini abg dan ibu kepada anak2 abang.... 

Oklah tu, tak ghoti nak tulih banyak-banyak... ayat ngan bahasa tunggang langgang. keh keh keh