Sunday, December 28, 2014

251215 Lawatan Ke Rumah Nana

Yeah... telah lama team 4 Fast 4 Furious bercadang nak melawat Nana dan anak kembarnya. Cuma nak dapatkan waktu yang sesuai biar bagi nana dapat rehat secukupnya selepas bersalin. Jadi semua berpakat la berjumpa di Wong Solo Bandar Baru Bangi. Makan tengah hari dulu.. Rizal yang cadangkan ni. Dia kata nasi ayam penyetnya beh in town.. Jadi kitorang pun nak cuba la. Yang sampai dulu Kamal dan Baha. PEh.. punyalah ramai sampai nak makan siap kena tunggu giliran nak dapat tempat duduk.. Nasib baik Kamal cekap cari tempat.. 

Ni ghoman kodai ek

Ni antara menunya... tapi banyak lagi pilihan tapi maleh nak up semua menunya.. Nak pi sendiri ya..

Dua gambar di atas aku amgik kek sini ek.. 

http://nikminijournal.blogspot.com/2012/12/lunch-di-restoran-wong-solo-bandar-baru.html

tak sempat nak tangkap gambar..

Semua pakat ambil set ayam penyet. Senang... semua malas nak memilih. Menunya macam buku cerita..

Ni nasi ayam penyetnya


Antara kanak-kanak ribena.. Safiya share gambar outdoor activity di taska nya.

Ha... solosaikan yang ponting dulu baghu makan 


Sobonar ek nak nunjuk gambar Baha tongah korek isi kelapa. Tapi dapat dikesan oleh beliau.. 

Ratingnya : Masakan 3/5, Kebersihan 4/5 Menu 4/5 Servis 3/5 

Lepas tu baghu la gorak pi rumah nana. maklumlah perut dah konyang.. X jauh rupanya dari rumah nana. TEengok dah sihat dah. baby pun sihat. Melepak la kitorang kek situ. Dari pukul 2.30 sampai 5 lobih... 
Aku up gambar kanak-kanak ribena ajola yo. Yang Si Kembar tu biarlah Nana dan Rizal up sendiri. 

Selepas melawat nana, kitorang pi cari makan lagi. Kamal dan SHifa balik dulu. Pasal Kamal nak balik stadi katanya.. exam mula 28 12 14. Oklah.. Jadi famili aku ngan Baha ajala pi makan. Rizal lagi cadang Restoren Hot Bangi Char Koay Teow. Menunya, apa lagi Char Koay Teow ler... Ada satu lagi, nasi lemak.


Gambar ni pun bukan aku tangkap ya... dapat di sini.
http://hafizrahim.com/hot-bangi-char-koay-teow/


Ha... tu deh. makan x tengok kiri kanan dah..

Macam biasola.. yang tukang gambar takdo gambar nyo. Ratingnya : Masakan 4/5, Kebersihan 4/5 Menu 3/5 Servis 4/5 Menunya ada dua aja. tapi bagus camni spesial tu aja kan. Unik. 

Habih tu balik la apo laie.Lupa plak... Char Koay Teow diataja oleh En Baha.. Timo kasih banyak-banyak yo.

Pada hari yang samo dapat beghito sedih.. Isteri Imam 3 Masjid Mambau meninggal dunia. Sedekah Al Fatihah pada arwah. Semester pun dah berakhir, musim peperiksaan bermula berganti. Harap-harap student aku dapat mengharungi peperiksaan dengan tenang walaupun banyak dugaan melanda seperti banjir, kematian dan sebagainya... Kapal terbang hilang lagi.... Semoga kedua-dua kapal terbang itu dapat dijumpai segera.

 

No comments:

Post a Comment