Sunday, December 14, 2014

13 12 14 Bertugas di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah

Pada hari ini ada Karnival Pendidikan kek sini. Jadi aku ditugas promote program matematik. Mula 8.30 pg sampai 4.30 ptg. Smpi sana pkl 9.00. Hak hak lewat 30minit. Sampai di booth UiTM bos aku (Kak Hamidah Ayub) dan Zahari berdua dah sampai. Tanpa rasa bersalah aku pun jumpa diorg. Diorg cakap kat aku bahan-bahan fakulti lain ada tp fakulti aku xda. Ahhh... sudah. Jadi x dapatla promote program matematik pada mulanya. Jadi stdt matrik datang tanyala program fakulti lain. Dietetik la, accounting la, seni halus dan seni grafik, investing, dentistry.. mana aku tahu.. maka dengan muka x rasa bersalah aku menggoreng menggunakan sedikit pengetahuan yg ada. Pasal program di atas tiada wakil yg dihantar. 

Inilah pelar2 Matrikulasi Kuala Pilah



Beberapa ketika baru petugas lain datang dari UiTM Seremban Dan Kuala Pilah. Dari Shah Alam pun ada maka seramai10 orang menjaga booth yang mejanya tak sampai 2 meter panjangnya.. 

Yang ni masa kena serang..

Lepas sejam baru la wakil hea datang. Dio  kato bahan2 program fakulti aku ada bawah meja aja. X sempat n letak. Ceh.. lepas tu baru dapat promote program fakulti aku. Yang tanya aku pasal fakulti lain aku cakap pasal fakulti aku. Gila jahat. Pada masa sama rupanya Zahari dah kuar pi UiTM Kuala Pilah, tinggalah aku dengan petugas yang lain (semua petugas datang lambat). Aku jaga sampai pukul 2 then minta Zahari ganti tugas sebab nak belah cari makan. Lupo plak anak bini aku bawa sekali ke matrikulasi. 


Gambar sebelum meninggalkan booth.


Teraso nak makan asam pedas... Bini aku cakap ado tompek kek Melaka yang jalannya kiri kanan ada pokok besar ada kedai asam pedas best. Maka tanpa congak dan bicara terus drive ke Duyong Melaka pasal sini ajala yang aku tahu melalui hint2 yang bini aku bagi..


Ni ha kodai ek..


Nama Kedai Asam Pedas Ikan Baru. Kedai makan takde la cantik benar. Biasa2 aja. Check kat lauk-lauk dah tak banyak pilihan. yelah sampai pun dalam 3.30. Mana ada apa lagi. Tapi di sini dia ada masak asam pedas kalau kita nak. Ada ikan duri, jenahak, ikan keli dan yang lain aku tak ingat. Makan aku orderla asam pedas ikan duri. Rating Permandangan 3/5 dah nama tepi jalan nak pandang apa kan..  Kebersihan 4/5 Pilihan Makanan 3/5 pasal sampai pukul 3. mungkin banyak lauk habih dah kot. Masakan 4/5.. Asam pedas ikan duri mmg sedap sampai kuah-kuah sekali aku hirup. SIakap senohong gelama ikan duri, aku nak makan aku dah alap hapa aku peduli. Hahaha. Yang kelakar ada family sebelah meja aku, tuan kedai dah siap kira ada sorang daripadanya selamba jer pi tambah nasi.. Terpana tuan kedai last-last dia amik tong nasi bawak masuk dapur..

Ni dia asam pedas ikan duri

 Aku zoom supaya lebih afdal..

Lopeh makan tu furqan ajak main layang-layang. maka pergi la kat Dataran 1Malaysia di Klebang... Habiskan masa petang kat sana.. Sejam lepas tu balik rumah,..




Dua-dua nak  main maka belilah dua

Sebelum balik bini aku nak pulak pisang keju.. Bolilah kek  satu stall ni.. Ghaso ek tanyao bini aku.. Tapi selepas melihat pisang keju tu tak terusik sampai kek ghumah dah tahulah sodap ko tak tu. Last-last aku jugak yang bedal.


Ni la ghoman eh... pisang keju tu

 Ingatkan nak melawat jiran di hospital kpj, Tetapi dibatalkan pasal hero dan heroin aku tu berpasir main layang-layang... Semoga jiran aku tu cepat sembuh. Nanti datang ke rumah ajo la nanti..

No comments:

Post a Comment